Khamis, 14 Januari 2010

Pusat Sumber

























Sejarah Sekolah SK Klian Pauh

Sejarah Sekolah:

Pada tahun 1994, pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Convent (1) Klian Pauh, Taiping di bawah pimpinan YDP PIBG, Tuan Haji Mat Saad Bin Sahlan telah menyuarakan hasrat untuk mencari tapak baru bagi sekolah tersebut. Kesedaran timbul bukan saja dari segi keuzuran bangunan yang kurang sesuai sebagai institusi persekolahan malah disebabkan bangunan itu jua digunakan sebagai kem untuk aktiviti keagamaan Kristian semasa cuti sekolah. Ketika itu Guru Besar, Puan Noor Rihan Bt Yaakub berperanan sebagai Penasihat PIBG.

Mulai tahun 1994 sehingga 1995 'masalah' ini telah dibawa dan diperjuangkan. Perbincangan, perundingan demi perundingan antara pihak-pihak yang berkaitan maka akhirnya pihak Kementerian Pendidikan telah berjaya membeli bangunan dan tanah yang telah sekian lama dimiliki oleh pihak mubaligh. Tanggal 2 Januari 2001 SK Convent(1) Klian Pauh berpindah ke bangunan baru yang berada di tapak bersebelahan sekolah lama. Pada 4 Januari 2001 bermulalah hari pertama sessi persekolahan 2001. Semua warga SK Convent (1) Klian Pauh yang terdiri daripada 620 orang murid perempuan 31 orang guru dan 5 orang staf sokongan mengguna pakai bangunan baru atas nama SK Klian Pauh. Pada 8 Januari 2001 merupakan tarikh hari milik tapak bagi Kementerian Pendidikan dan pada 31 Januari tahun yang sama, kerja-kerja meruntuh bangunan lama SK Convent (1) Klian Pauh bermula. Kerja-kerja membina bangunan baru dimulakan dan siap pada penghujung tahun 2002.