Khamis, 14 Januari 2010

Sejarah Sekolah SK Klian Pauh

Sejarah Sekolah:

Pada tahun 1994, pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Convent (1) Klian Pauh, Taiping di bawah pimpinan YDP PIBG, Tuan Haji Mat Saad Bin Sahlan telah menyuarakan hasrat untuk mencari tapak baru bagi sekolah tersebut. Kesedaran timbul bukan saja dari segi keuzuran bangunan yang kurang sesuai sebagai institusi persekolahan malah disebabkan bangunan itu jua digunakan sebagai kem untuk aktiviti keagamaan Kristian semasa cuti sekolah. Ketika itu Guru Besar, Puan Noor Rihan Bt Yaakub berperanan sebagai Penasihat PIBG.

Mulai tahun 1994 sehingga 1995 'masalah' ini telah dibawa dan diperjuangkan. Perbincangan, perundingan demi perundingan antara pihak-pihak yang berkaitan maka akhirnya pihak Kementerian Pendidikan telah berjaya membeli bangunan dan tanah yang telah sekian lama dimiliki oleh pihak mubaligh. Tanggal 2 Januari 2001 SK Convent(1) Klian Pauh berpindah ke bangunan baru yang berada di tapak bersebelahan sekolah lama. Pada 4 Januari 2001 bermulalah hari pertama sessi persekolahan 2001. Semua warga SK Convent (1) Klian Pauh yang terdiri daripada 620 orang murid perempuan 31 orang guru dan 5 orang staf sokongan mengguna pakai bangunan baru atas nama SK Klian Pauh. Pada 8 Januari 2001 merupakan tarikh hari milik tapak bagi Kementerian Pendidikan dan pada 31 Januari tahun yang sama, kerja-kerja meruntuh bangunan lama SK Convent (1) Klian Pauh bermula. Kerja-kerja membina bangunan baru dimulakan dan siap pada penghujung tahun 2002.

2 ulasan:

  1. Bangunan lama Convent tu diasaskan pada tahun 1899. Rev. Father Clement Charles Grenier merupakan MUbaligh yang datang ke Taiping dari Penang untuk setup satu sekolah untuk perempuan tanpa mengira kaum dan agama.

    BalasPadam
  2. Setelah membaca mengenai kisah sebenar kemusnahan sebuah sekolah heritage & bersejarah, saya amat sedih & marah dengan pihak yang tidak mengetahui nilai sebuah sekolah yang bersejarah. Korang tahu tak ada perumahan kat situ yang merupakan rumah bersejarah? Banyak memori yang tersimpan pada penghuni asal rumah² & bekas pelajar sekolah Convent Klian Pauh? Korang tahu tak ada rumah yang bersejarah kat situ yang dulu paling terkenal kat Taiping pada tahun 1910-1960?? Rumah datuk moyang saya S.N Anthony bekas ketua kerani Maxwell Hill & kerani peribadi kepada Perak British Resident pernah berpenghuni di sebelah sekolah Convent Klian Pauh. Rumah dia dikira bersejarah & heritage. Sekarang tinggal kenangan je pada generasi muda keluarga kami. Perjuangan konon. Sorry la saya tak setuju & sekolah Convent adalah milik gereja bukan kerajaan. Gereja berhak menggunakan kawasan sekolah sejak 1899. Kenapa sangat sensitif & triggered pada masa itu? Kami tak pernah kacau ataupun merosakkan harta benda sekolah sebab kami tahu area sekolah adalah hak gereja. Kami menjaga sekolah Convent seperti menjaga rumah kami sendiri. Perkara yang salah la apa yang korang buat... Teramat salah. "Masalah" itu just pemikiran kamu semua. Kita tak pernah kacau korang. Itu je saya nak bagitau luahan hati & perasaan seorang bekas pelajar Convent Klian Pauh, seorang Kristian yang bertoleransi dengan semua agama & cicit kepada S.N Anthony penghuni rumah banglo papan merah 2 tingkat yang tak pernah kacau pihak sekolah duduk bersebelahan sekolah Convent Klian Pauh yang sekarang dah jadi sebahagian dari kawasan sekolah korang sekarang. Saya tetap akan memperjuangkan heritage area kawasan sekolah Klian Pauh yang pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah sekolah yang berdiri agung & rumah datuk moyang saya juga...

    BalasPadam